Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Surau Taman Ramal telah mengalami musibah di mana penutup tangki septik (najis) tandas lelaki lama dan tandas perempuan telah dicuri oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Sejumlah 8 keping penutup kepingan besi telah ghaib dari tempat asalnya.
Kecurian ini telah dimaklumkan oleh siak pada pagi Isnin (7 Mac 2011) kepada pengerusi surau selepas solat subuh. Akibat kehilangan penutup tangki septik ini, mengakibatkan bau yang tidak menyenangkan. Pihak pengurusan surau telah mengambil langkah sementara dengan menutup lubang tersebut menggunakan kayu dan papan. Kos menggantikan penutup tersebut dianggarkan RM400.00 (empat ratus ringgit).
Kami para jemaah STR memohon kepada Allah SWT agar pencuri ini diberi hidayah dan ditunjukkan jalan yang Allah redai.
Pengerusi