Salam Ma’al Hijrah 1433

Salam Maal Hijrah 1433 kepada semua anak kariah Muslimin dan Muslimat. Kita berada diambang Tahun Baru Kalender Islam. Semoga apa yang kita lakukan Selama ini diberkati hendaknya. Sama-samalah kita berdoa agar kita dilindungi oleh Cahaya Keimanan dariNYA. Dengan tema “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” semoga di tahun baru ini kita lebih diberkati dan dirahmati Allah. Pengerusi dan AJK STR

Sabtu, 9 April 2011

LAWATAN TAPAK BERSAMA AHLI MAJLIS MPKj

Seperti mana yang dijanjikan tepat pukul 9.00 pagi Pengerusi STR saudara Samsudin bin Kassan bersama Ahli Majlis MPKj En. Mohamed Yusoff bin Bachek telah melawat tapat atau tempat  yang diperkatakan dalam majlis dialog tempoh hari.  Lawatan tapak dimulai melihat sendiri Ramal Junction (RJ), padang permainan, Taman Ramal Indah dan Taman Sri Ramal. Kami menghilangkan kepenatan dan rasa dahaga dengan menikmati teh tarik dan roti canai di Restoran Camar. Lawatan tapak ini berakhir pada pukul 11.15 pagi. Berikut adalah gambar-gambar (LIHAT SLAID) yang telah dirakam untuk makluman penduduk dan ahli majlis. Semoga mendapat maklum balas dan tindakan demi kebaikan penduduk kedua-dua taman.
Samsudin bin Kassan
Pengerusi STR

DAPATAN MAJLIS DIALOG BERSAMA AHLI MAJLIS MPKj

Majlis ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi  Surau Taman Ramal saudara Samsudin bin Kassan dan dihadiri oleh AJK dan jemaaah STR. Adalah dianggarkan lebih tiga puluh lima orang termasuk remaja menghadiri majlis ini. Daripada dialog ini dapat dirumuskan beberapa perkara perlu diambil tindakan oeh Ahli Majlis terutama berkaitan kebersihan taman, keselamatan dan rekreasi. Pengerusi juga telah menyerahkan kertas cadangan untuk menaiktaraf jalan, papan tanda nama jalan/lorong dan papan tanda keselamatan jalan raya untuk diambil tindakan.
Antara masalah yang dibangkitkan:
Bil
Lokasi/Tempat
Masalah
1.
Ramal Junction (RJ)
·         Pungutan sampah
·         Perparitan dan longkang
·         Parkir/parking dilaluan antara Hassan Cafe dengan Restoran Yus.
·         Kesesakan lalu lintas disebabkan meletak kenderaan di kiri kanan jalan
·         Sampah sarap
·         Tikus
·         kebersihan yang tidak diselenggara dengan baik
2.
Padang
·         Tidak rata dan masih banyak batu-batu besar
·         Jadual pemotongan rumput tidak konsisten
·         Perlukan gelanggang futsal
·         Pokok kekabu yang perlu dilihat semula strukturnya
·         Alat permainan di taman permainan perlukan penggantian dan tahap keselamatanaya.
3.
Taman Ramal Indah
·         Lampu jalan antara lorong Jalan Ramal 5 dan Jalan Ramal 6
·         Anjing liar
·         Pembersihan longkang yang tidak konsisten
·         Parkir/parking bas dan lori yang mengganggu lalu lintas
·         Tempat pembakaran sampah di antara  Jln. Country Height dengan Jalan Ramal 5
·         Rumput yang tidak dipotong di belakang rumah (belakang Jalan Ramal 2)
·         Jadual pemotongan rumput dan sampah yang tidak diselenggara dengan baik.
·         Pembinaan bonggol  untuk Jalan Ramal 5 kerana menjadi laluan utama
·         Jalan berlubang
4.
Taman Sri Ramal
·         Tembok longkang dpn seven eleven
·         Pelebaran dan tembok selekoh berhampiran Jln. Melor 4
·         Timbunan batu di Jln. Melor 1 depan Klinik Syam
·         Bengkel kereta di simpang laluan masuk Jalan Melor 4/1 (bersebelahan IWK)
·         Parkir/parking lori dalam taman
·         Peralatan taman permainan yang perlu penggantian dan tahap keselamatannya
·         Meletak jentera berat di taman permainan (Jengkaut)
·         Jalan berlubang sepanjang lorong Jln. Ramal 2/3/4
·         Jadual pemotongan rumput yang tidak konsisten
·         Pembersihan longkang yang tidak menyeluruh
·         Pokok liar di Jln Melor ½


Ahli majlis juga bersetuju untuk melihat sendiri perkara yang dibangkitkan dalam dialog tersebut pada pagi Sabtu 9 April 2011 pukul 9.00 pagi bersama pengerusi surau.
Samsudin Kassan
Pengerusi STR

Jumaat, 8 April 2011

MAJLIS DIALOG BERSAMA AHLI MAJLIS MPKj

MAJLIS DIALOG BERSAMA AHLI MAJLIS MPKj
TARIKH
7 APRIL 2011 (3 JAMADILAWWAL 1432H) KHAMIS
MASA
SELEPAS SOLAT ISYAK
TEMPAT
SURAU TAMAN RAMAL, KAJANG
AHLI MAJLIS MPKj
EN.MOHAMED YUSOFF BIN BACHEK
TAJUK
KE ARAH KEBERIHAN DAN KEHARMONIAN TRI DAN  TSR
AJK DAN JEMAAH STR DIJEMPUT HADIR
                       PENGERUSI STR