Kajang, 18 Julai 2011 (16 Syaaban 1432).
Satu pertandingan boling antara masjid/surau DUN Bangi telah diadakan di Ampang Superbowl, Metro Kajang pada 17 Julai 2011 (Ahad) jam 10.00 pagi. Sebanyak 20 pasukan yang mewakili masjid/surau DUN Bangi telah mengambil bahagian. Surau Taman Ramal telah menghantar dua pasukan ke pertandingan tersebut. Pasukan STR 1 telah diwakili oleh saudara Mohamad Zaki bin Yusoff, Samsudin bin Kassan dan Abdul Latif bin Ibrahim. Manakala STR 2 diketuai oleh saudara Norazman bin Abdul Rahim, Jamil bin Dani dan Mohamad Farid bin Abdul Latif. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Dr Shafie bin Abu Bakar (DUN Bangi).
STR 2 telah muncul sebagai naib johan pertandingan tersebut manakala Mohamad Farid bin Abdul Latif telah menjadi johan jatuhan pin terbanyak. Pihak surau merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah diatas kejayaan tersebut. Semoga dengan kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada semua anak kariah untuk mengangkat martabat dan mengharumkan nama Surau Taman Ramal.
Kejayaan dan Kenangan
Catatan: Pengerusi STR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan