Salam Ma’al Hijrah 1433

Salam Maal Hijrah 1433 kepada semua anak kariah Muslimin dan Muslimat. Kita berada diambang Tahun Baru Kalender Islam. Semoga apa yang kita lakukan Selama ini diberkati hendaknya. Sama-samalah kita berdoa agar kita dilindungi oleh Cahaya Keimanan dariNYA. Dengan tema “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” semoga di tahun baru ini kita lebih diberkati dan dirahmati Allah. Pengerusi dan AJK STR

Rabu, 5 Januari 2011

KEJOHAAN BOWLING JEMPUTAN ADUN BANGI


B
andar Baru Bangi,
18 Oktober 2010 ( 10 Zulkaedah 1431H)
Salah satu cara untuk merapatkan hubungan antara pegawai-pegawai kerajaan dan pemimpin setempat, mengurangkan perbezaan darjah dan kedudukan ialah melalui sukan yang dapat mengeratkan rasa muhibbah, kemesraan dan perpaduan.









Kejohanan Bowling Jemputan ADUN Bangi telah diadakan pada 16 Oktober 2010 (Sabtu) di Bangi Superbowl, Warta, Bandar Baru Bangi bermula jam 2.00 petang dan tamat pada pukul 5.30 petang.
  JKKK Sungai Ramal telah diwakili oleh pegawai dan anak kariah Surau Taman Ramal yang terdiri daripada Saudara Samsudin bin Kassan (Pengerusi), Saudara Mohd Zaki bin Yusof (Imam), Saudara Latif bin Ibrahin dan Mohd Farid bin Latif.
Sebanyak 20 pasukan jemputan telah menyertai kejohanan ini. JKKK Sungai Ramal yang diwakili Surau Taman Ramal telah berjaya menjadi naib johan.     Perasmian dan penyampai hadiah telah disempurnakan oleh YB Dr. Shafie bin Abu Bakar ADUN Bangi.    Pemenang-pemenang kejohaan ini adalah seperti berikut:
·        Johan – PKNS
·        Naib Johan – JKKK Sg Ramal
·        Ketiga - MPKj
Sesunguhnya dengan kejayaan menjadi naib johan dalam kejohanan ini pastinya telah mengharumkan nama JKKK Sungai Ramal dan Surau Taman Ramal amnya. 

Samsudin Kassan
Pemberita bebas

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Selepas ini boleh organize tournament boling untuk jemaah & masyarakat STR, memperatkan iktan ukhwah Islamiah antara kita.....

    BalasPadam