Salam Ma’al Hijrah 1433

Salam Maal Hijrah 1433 kepada semua anak kariah Muslimin dan Muslimat. Kita berada diambang Tahun Baru Kalender Islam. Semoga apa yang kita lakukan Selama ini diberkati hendaknya. Sama-samalah kita berdoa agar kita dilindungi oleh Cahaya Keimanan dariNYA. Dengan tema “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” semoga di tahun baru ini kita lebih diberkati dan dirahmati Allah. Pengerusi dan AJK STR

Isnin, 10 Januari 2011

LAPORAN GOTONG-ROYONG SEMPENA RAMADHAN 1423H


Tarikh :  8 Ogos 2010 (27 Sya’ban 1431H)
Masa:     9.00 pagi
Tempat: Kawasan Surau Taman Ramal

1.    TUJUAN:
1.1  Melaksanakan keputusan Mesyuarat AJK Bil.1/2010-2013 bertarikh 8 Julai 2010.
1.2 Memberi mandat kepada Biro Kecerian dan Rekriasi untuk menggerakan aktivitinya
1.3 Ukhwah dan semangat bekerjasama anak kariah dan jemaah STR

2.    OBJEKTIF:
2.1 Membersihkan sampah sarap, longkang dan peralatan yang tidak dipakai untuk dimusnahkan.
2.2 Menebang dan mencantas pokok atau dahan yang difikirkan membahayakan atau menghalang laluan serta pemandangan.
2.3 Menceriakan dewan solat dengan menggantikan langsir baru, membuat susun atur semula perabot dan papan kenyataan surau.
2.4 Semangat kerjasama antara anak kariah dan jemaah sambil bertukar-tukar pendapat.

3.    AKTIVITI DAN PELAKSANAAN:
3.1 Ucapan Pengerusi
Pengerusi mengucapakan penghargaan dan rasa terima kasih kepada anak kariah dan jemaah surau yang sangup datang untuk bersama-sama bergotong-royong membersihkan dan menceriakan kawasan surau. Pengerusi juga membahagikan anak kariah kepada dua kumpulan. Kumpulan 1 membersihkan bahagian dalaman surau. Kumpulan 2 akan membersihkan kawasan luar bangunan surau.

3.2 Hasil Gotong-royong
Beberapa batang pokok telah ditebang kerana memikirkan bahawa ia membahayakan kepada orang ramai dan bangunan surau. Antaranya dua batang pokok kelapa dan sebatang pokok tanjung yang hampir mati. Selain daripada itu beberapa batang pokok telah dicantas dahannya kerana menghalang laluan dan pemandangan.
      Untuk bangunan surau kerja-kerja tertumpu kepada membersihkan peralatan dan perkakasan seperti kipas, lampu, dinding, syiling, permaidani, lantai, perabot, cermin tingkap dan langsir. Untuk menambahkan lagi keceriaan surau, penggantian langsir baru telah lakukan dan pengubahsuaian kedudukan papan kenyataan surau telah diubah untuk memudahkan anak kariah dan jemaah mendapat maklumat terkini.
      Kerja gotong-royong dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada anak kariah dan para jemaah menikmati minum  dan sarapan pagi. Selepas minum, kerja-kerja gotong-royong diteruskan semula. Untuk sesi selepas rehat, kerja-kerja banyak tertumpu kepada mengemas semula dan membuat susun atur yang lebih rapi dan menarik.
      Jamuan tengah hari berupa nasi berlauk mengakhiri program gotong-royong dan bersurai pada pukul 12.30 tengah hari.

4.    GAMBAR KENANGAN GOTONG-ROYONG
Lihat Slide di bawah.

5.    RUMUSAN
Adalah diharapkan dengan program seumpama ini akan dapat mengeratkan lagi ukhwah dikalangan anak kariah dan para jemaah surau untuk bersama-sama memikul tanggungjawab menjaga kebersihan, kecerian, kesucian dan kemulian tempat beribat. Secara keseluruhanya program ini telah berjaya mencapai objektif dan tujuanya.

6.    PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih dan rasa syukur kerana program yang dirancang ini telah berjaya dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari anak kariah dan para jemaah. Pengurusi juga merakamkan penghargaan kepada para dermawan yang menyumbang sarapan pagi, makan tengah hari dan peralatan. Hanya Allah sahaja yang akan membalas dan mempermudahkan rezeki tuan-tuan.


DISEDIAKAN OLEH:  
Pengerusi STR                                                       
     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan