Salam Ma’al Hijrah 1433

Salam Maal Hijrah 1433 kepada semua anak kariah Muslimin dan Muslimat. Kita berada diambang Tahun Baru Kalender Islam. Semoga apa yang kita lakukan Selama ini diberkati hendaknya. Sama-samalah kita berdoa agar kita dilindungi oleh Cahaya Keimanan dariNYA. Dengan tema “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” semoga di tahun baru ini kita lebih diberkati dan dirahmati Allah. Pengerusi dan AJK STR

Isnin, 22 Ogos 2011


ZAKAT FITRAH
Ketika ini semua umat Islam sedang sibuk melakukan ibadat wajib puasa dan solat sunat tarawih pada bulan Ramadan. Selain kita bercakap mengenai berpuasa dan solat
Tarawih, tidak lupa juga tentang kewajipan Zakat Fitrah. Pembayaran Zakat Fitrah boleh dibuat dalam bentuk wang tunai ataupun beras yang bersamaan nilai mulai 1 Ramadan
sehinggalah sebelum Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri sama ada melalui amil yang dilantik ataupun di kaunter bayaran zakat yang disediakan.

Pengertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Pengeluaran Zakat
adalah Rukun Islam ke Empat yang wajib ditunaikan selepas berpuasa di Bulan Ramadan. Barang sesiapa yakni Muslim yang tidak mengeluarkan zakat, maka tidak sempurna Rukun Islam seseorang itu. Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya
dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari
raya.
Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan
Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.
Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir
bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya.
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir
Ramadan.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
Waktu Wajib; Menunaikan zakat fitrah mulai terbenam
matahari pada hari akhir ramadan
Waktu Paling Afdal; Selepas Solat Subuh sehingga
sebelum sembahyang Hari Raya
Waktu Harus; Sepanjang bulan Ramadan
Waktu Makruh; Selepas sembahyang Hari Raya sehingga
terbenam matahari pada satu Syawal
Waktu Haram; Menunaikan zakat fitrah selepas terbenam
matahari pada hari raya tanpa keuzuran

ihsan: spi bpk

PENGAMPUNAN DOSA
Untuk mendapatkan pengampunan dosa, pastikan nafsu dikawal dan semua pantang larang Ramadan dijaga.

Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan keimanan dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)
“Sembahyang lima waktu, dari Jumaat (yang satu) menuju Jumaat berikutnya, (dari) Ramadan hingga Ramadan (berikutnya) adalah penghapus dosa di antaranya, apabila ditinggalkan dosa-dosa
besar.”
(Riwayat Muslim)

Menghidupkan malam melalui aktiviti seperti Sembahyang Tarawih dan bertadarus juga mendapat pengampunan dosa oleh Allah SWT
Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (sembahyang malam) di bulan Ramadan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang
sembahyang malam di bulan Ramadan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Selain itu memberi makan kepada orang yang berpuasa juga diberi tawaran pengampunan dosa.
Sesiapa yang mengenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya , Tuhan memberi minum daripada kolam Haudh sejenis minuman yang tiada dahaga-dahaga lagi kemudiannya , hingga
masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa.

Menghidupkan malam Lailatul Qadar juga diberikan pengampunan walaupun tidak bertemu dengannya.
“Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan
baginya dosa yang telah lepas.”
Riwayat Bukhari dan Muslim

IHSAN SPI BPK

Khamis, 18 Ogos 2011


14 perkara2 negatif yang selalu berlaku pada bulan Ramadhan

1. Ramai orang Islam berpuasa dengan adat bukan ibadat - maksudnya puasa ikut orang.

2. Puasa hanya untuk menahan lapar dan dahaga sahaja tetapi tidak untuk menahan diri dari perbuatan mungkar (seperti mengumpat, memutuskan silaturrahim, menyakiti
orang dan sebagainya)

3. Ramai yang meninggalkan sahur. Hadith Nabi: "Sahurlah kamu kerana didalam sahur itu ada berkat".

Berkat yang pertama ada pada makanan yang kita bahagikan iaitu semasa kita makan bersama keluarga, jemaah surau atau dengan rakan-rakan

Berkat yang kedua ada pada jamaah iaitu kita makan beramai-ramai

Berkat yang ketiga ada pada waktu sahur - digalakkan banyak berdoa, solat sunat,mengaji. Kejut ahli keluarga untuk bersama-sama mengerjakan solat sunat. Ketika masak untuk sahurpun boleh berdoa

4. Ibadat solat fardhu dan sunat dilaksanakan hanya di bulan Ramadhan sahaja. Apabila berakhir Ramadhan, perkara sunat tidak dibuat lagi.

5. Bersungguh-sungguh mengerjakan solat sunat tarawikh dan witir tetapi meninggalkan solat fardhu.

6. Meningkatkan amalan untuk dirinya sahaja tetapi mengabaikan penglibatan ahli keluarga untuk sama-sama beribadat.

7. Bersungguh-sungguh menghidupkan ibadah pada awal Ramadhan tetapi di akhir Ramadhan lalai. (terlepas lailatul qadar)

8. Membaca al-quran hanya di bulan Ramadhan dan berakhir dengan berakhirnya Ramadhan (Maksudnya, apabila ramadhan dah berakhir.. Quran tidak lagi dibaca)

9. Membaca al-quran tanpa berusaha memahami maksudnya tetapi nak cepat habis khatam.

10. Menghabiskan sebahagian besar Ramadhan dengan amalan sia-sia seperti menonton tv seharian, berbual kosong.

11. Puasa tidak menginsafkan diri terhadap penderitaan saudara Islam yang lain. Jadi lebih bakhil dan kedekut.

12. Mensia-siakan kelebihan 10 akhir Ramadhan termasuk meninggalkan takbir raya pada malam raya.

13. Tidak mengeluarkan zakat fitrah.

14. Melewat-lewatkan membayar zakat fitrah.

FADHILAT DAN KELEBIHAN SOLAT TARAWIH
(Senghaja aku sembahyang sunnat tarawih dua rakaat [aku ma’amum] kerana Allah Taala)

Sayidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Raulullah s.a.w, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan. Baginda bersabda bahawa:

Malam ke 20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh
Malam ke 21
Allah S.W.T. akan membina untuknya sebuah mahligai didalam syurga yang diperbuat daripada cahaya.
Malam ke 22
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
Malam ke 23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya
Malam ke 24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang- orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut
Malam ke 25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Selain daripada fadhilat-fadlilat yang tersebut di atas, terdapat banyak dan berbagai lagi fadhilat dan keutamaan solat Tarawih atau , Qiam. Ramadhan ini bagaimana yang disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
SELAMAT BERPUASA DAN BERTARAWIH

Sumber: ceramah Ustaz Wan Akashah & Ustazah Siti Nor Bahyah

Isnin, 15 Ogos 2011


NUZUL AL-QURAN : PEMANGKIN TRANFORMASI
Tarikh 17 Ramadan merupakan satu tarikh yang selalu diperingati oleh umat Islam. Pada tarikh inilah masjid-masjid dipenuhi dengan ceramah Nuzul al-Quran dan media massa, surat khabar serta televisyen tidak akan terlepas menyiarkan berita serta rancangan atau kuliah sempena memperingati Nuzul al-Quran. Memang benar bahawa setiap muslim sepatutnya memperingati tarikh penurunan al-Quran. Al-Quran merupakan sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada umat manusia.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185:
Maksudnya: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah)”
Imam al-Qurthubi menjelaskan, bahawa Allah SWT menurunkan al-Quran untuk menjadi petunjuk dan penjelasan bagi umat manusia. Menjelaskan kepada mereka yang halal dan haram, peringatan dan hukumhakam, serta pembeza antara yang haq dan yang batil. Dengan demikian al-Quranlah yang seharusnya memandu dan memimpin kehidupan umat manusia.
Sempena Nuzul Al-Quran ini, marilah kita dengan penuh iman dan takwa bermuhasabah diri kita, apakah kita selama ini telah mengambil al-Quran sebagaimana yang Allah perintahkan atau selama ini kita hanya beriman dengan sebahagian dari al-Quran atau telah mengabaikan al-Quran? Apakah selama ini al-Quran telah benarbenar kita jadikan petunjuk, sumber hukum sekaligus sebagai penyelesai kepada segala masalah kehidupan kita ataukah sebaliknya kita malah meninggalkan dan mencampakkannya?. Kebanyakan kita berusaha menjaga jasad al-Quran. Kita tidak akan meletakkan al-Quran di lantai atau di kerusi atau lain-lain tempat yang kita rasakan tidak sesuai. Kita akan marah jika mendapati sesiapa sahaja yang tidak menjaga al-Quran. Kita turut sensitif dan merasa amat marah apabila mendengar dan melihat al-Quran
dipijak, dibakar atau dibuang di dalam tandas. Kita juga tidak akan berdiam diri jika al-Quran dihina, diremeh atau dipermainkan di dalam apa bentuk sekalipun. Kita memang akan menjaga kemurnian dan kesucian al-Quran dari segala bentuk penodaan dan pemalsuan. Sebenarnya segala usaha ini sangat baik dan memang sudah menjadi tugas dan kewajiban kita yang harus kita tunaikan. Bagaimanapun kita amat merasa kesal terdapat umat Islam berusaha untuk menjaga jasad al-Quran, tetapi tidak berusaha untuk menghayati isi kandungannya dan
menerapkan hukum-hakamnya. Umat Islam marah apabila al-Quran dihina, tetapi mereka sendiri seolah-olah seperti ‘menghina atau mengenepikan’ al-Quran dengan tidak mengamalkan hukum hukum yang terdapat di dalamnya. Kita juga bimbang terdapat di kalangan umat Islam yang hanya menjadikan al-Quran sebagai perhiasan, disimpan baik-baik di rumah dan hanya digunakan untuk hal-hal yang berunsurkan mistik, misalnya menjadikannya sebagai azimat, tangkal, pelaris, penolak bala, pengusir syaitan dan sebagainya. Mereka juga
lebih suka mengambil al-Quran sebagai sebuah ‘kitab magik’ yang boleh menguntungkan jualan, memurahkan rezeki, berubat, menghalau hantu dan pelbagai kepentingan peribadi lainnya. Oleh itu kita semua perlu memahami bahawa Allah SWT menurunkan al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, malah lebih dari itu. Membaca al-Quran adalah ibadah (sunat) dan Insya Allah kita akan beroleh pahala kerananya, tetapi mengamalkan isi kandungannya adalah WAJIB dan sesiapa sahaja mengabaikannya maka ia telah melakukan kesalahan dan
boleh sampai ke tahap berdosa besar. Siapa sahaja yang yang tidak mengamal dengan apa yang Allah telah perintahkan, maka azab Allah akan diturunkan atau menantinya di akhirat!
Sesungguhnya peluang untuk menghayati al-Quran serta mengambil pedoman di dalamnya adalah kewajipan umat Islam sendiri. Sesungguhnya Allah SWT memberikan penghormatan kepada kita sebagai manusia dengan kemuliaan-Nya, agar kita menjadi golongan yang mulia. Salah satu pendekatan yang mengangkat martabat umat ini ialah dengan mengamalkan ajaran al-Quran secara menyeluruh dengan menjadikan al-Quran sebagai acuan kehidupan. Oleh itu, di dalam keberkatan Ramadan yang mulia ini, marilah kita sama-sama mengambil manfaat untuk meningkatkan ketakwaan dan mengubah segala kelakuan buruk dengan mengamalkan segala isi kandung al-Quran agar kehidupan kita lebih diredhai Allah SWT.

Ihsan spi bpk

Khamis, 11 Ogos 2011


 
Ramadhan Satu Anugerah

Setiap amalan anak Adam digandakan pahala. Satu kebaikan bersamaan dengan SEPULUH seumpamanya sehinggalah kepada TUJUH RATUS kali ganda".

Lalu Allah Ta'ala bersabda (hadis Qudsi).

"Melainkan PUASA, kerana sesungguhnya ia(puasa) bagiKu dan Aku lah yang berhak memberi ganjaran pahala dengannya. dia (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwatnya dan makan minum nya keranaKu. Bagi orang berpuasa itu dua kegembiraan. satu kegembiraan di saat ia berbuka, dan satu kegembiraan lagi di saat ia bertemu Tuhannya. Dan bau busuk mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau Harum Kasturi."

" Barangsiapa yang mendirikan (malam) Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keredhaan Allah, akan diampunkan dosanya yang telah lalu.


Ramadhan yang Indah

Syukur padaMu
Bertandang kembali
Cahayamu dinantikan
Aku menjadi ahli Ramadhan
Memperhambakan diri padaNya
Untuk menelan nikmat

Setiap kali Ramadhan bertamu
Kenangan sering menerjah
Pipi haus akan air mata
Kesedihan lampau menutupi wajah
Bersama kenangan silam
Yang hadir bersama nafas ini

Satu pemergian
Tanpa ada kehadiran lagi
Masih tergulung kenangan
Kehangatan kasih masih terasa
Berpaut pada sanubari
Kasih yang bernilai

Aku hanya mampu
Menyambung tali-tali doa
Moga ALLAH mencucuri rahmat dan keampunan
dalam melayari kehidupan
yang pasti suatu hari nanti akan
terhenti di noktahnya

Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • Apabila  dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani  tebal kepadanya di dalam syurga)
    • Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • Apabila memakai kasut, berdoalah kasut  (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
    • Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
    • Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya:  ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
Ihsan bpk