Salam Ma’al Hijrah 1433

Salam Maal Hijrah 1433 kepada semua anak kariah Muslimin dan Muslimat. Kita berada diambang Tahun Baru Kalender Islam. Semoga apa yang kita lakukan Selama ini diberkati hendaknya. Sama-samalah kita berdoa agar kita dilindungi oleh Cahaya Keimanan dariNYA. Dengan tema “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” semoga di tahun baru ini kita lebih diberkati dan dirahmati Allah. Pengerusi dan AJK STR

Isnin, 22 Ogos 2011


ZAKAT FITRAH
Ketika ini semua umat Islam sedang sibuk melakukan ibadat wajib puasa dan solat sunat tarawih pada bulan Ramadan. Selain kita bercakap mengenai berpuasa dan solat
Tarawih, tidak lupa juga tentang kewajipan Zakat Fitrah. Pembayaran Zakat Fitrah boleh dibuat dalam bentuk wang tunai ataupun beras yang bersamaan nilai mulai 1 Ramadan
sehinggalah sebelum Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri sama ada melalui amil yang dilantik ataupun di kaunter bayaran zakat yang disediakan.

Pengertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Pengeluaran Zakat
adalah Rukun Islam ke Empat yang wajib ditunaikan selepas berpuasa di Bulan Ramadan. Barang sesiapa yakni Muslim yang tidak mengeluarkan zakat, maka tidak sempurna Rukun Islam seseorang itu. Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya
dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari
raya.
Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan
Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.
Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir
bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya.
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir
Ramadan.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
Waktu Wajib; Menunaikan zakat fitrah mulai terbenam
matahari pada hari akhir ramadan
Waktu Paling Afdal; Selepas Solat Subuh sehingga
sebelum sembahyang Hari Raya
Waktu Harus; Sepanjang bulan Ramadan
Waktu Makruh; Selepas sembahyang Hari Raya sehingga
terbenam matahari pada satu Syawal
Waktu Haram; Menunaikan zakat fitrah selepas terbenam
matahari pada hari raya tanpa keuzuran

ihsan: spi bpk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan