Salam Ma’al Hijrah 1433

Salam Maal Hijrah 1433 kepada semua anak kariah Muslimin dan Muslimat. Kita berada diambang Tahun Baru Kalender Islam. Semoga apa yang kita lakukan Selama ini diberkati hendaknya. Sama-samalah kita berdoa agar kita dilindungi oleh Cahaya Keimanan dariNYA. Dengan tema “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” semoga di tahun baru ini kita lebih diberkati dan dirahmati Allah. Pengerusi dan AJK STR

Isnin, 8 Ogos 2011

BULETIN RAMADHAN


KEHADIRANMU DINANTI
Selamat datang wahai Ramadan, bulan yang penuh dengan kerahmatan, keampunan dan keberkatan. Terlalu banyak tawaran yang ditawarkan oleh Allah dalam bulan Ramadan.
Pahala berganda dan keampunan Allah terbuka luas. Ubadah bin Samit r.a. meriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Ramadan hampir tiba Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :" Telah datang kepadamu Bulan Ramadan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu.”

Inilah tawaran yang cukup hebat disebabkan bulan Ramadan yang mulia ini. Bulan yang membawa sejuta rahmat, keampunan dan mudahnya doa dimakbulkan serta pelbagai lagi
tawaran Allah sempena Ramadan. Justeru sekiranya manusia tahu akan kelebihan bulan ramadan ini, sudah tentulah mereka akan mengharapkan sepanjang tahun adalah Ramadan.

Sempena dengan kedatangan Ramadan pada tahun ini, marilah kita merebut peluang keemasan ini dengan menjadikan seluruh kehidupan kita sebagai ibadat kerana ganjaran pahala dan upahnya amat besar. kalaulah kita diumpamakan sebagai seorang pekerja dan ditawarkan dengan upahnya yang lumayan, sudah tentu pekerja itu tidak akan melepaskan peluang yang ada. Dia pasti akan bekerja besungguh-sungguh. Oleh itu jadilah pekerja yang beruntung. Mudah-mudahan Allah menyirami hati kita dengan nur hidayah sehingga menjadikan hati-hati kita amat merindui dan mencintai Ramadan. Jika belum terdetik sedikitpun perasaan itu di dalam hati, maka mohonlah kepada Allah dengan keberkatan
Ramadan supaya Allah pancarkan nur hidayahNya untukmencintai Ramadan.
Salam Editor
Puasa Tapi Tidak Solat
Kita semua tahu bahawa agama itu adalah satu ajaran yang menyeluruh dan tidak harus dipilih atau dipisahkan. Sebab itu Rasulullah SAW menggambarkan ibadat solat seperti
tiang agama manakala ibadat lain pula seperti atap, dinding dan sebagainya. Tentulah tidak dinamakan rumah sekiranya ada dinding tanpa tiang dan atapnya kerana ibadat itu bila
sudah sempurna rukun dan syaratnya maka dikira sah tetapi tidak cukup dan belum sempurna. Maknanya ia dikira sah sahaja dan belum tentu diterima Allah SWT kerana belum ada asas dan tiangnya. Di mana kita boleh dirikan dinding tersebut selagi tiangnya belum ditegakkan? Begitulah contohnya lebih kurang apabila seseorang itu hanya berpuasa tetapi tidak bersolat dan sebagainya. Demikian juga mereka yang beriman dengan separuh dan sebahagian ajaran al-Quran dan kufur dengan sesetengah ajaran yang lain. Renungi firman Allah SWT sebagai balasan-Nya kepada mereka yang bersikap demikian iaitu firman-Nya bermaksud:
Maka tidak ada balasan kepada mereka yang berlaku demikian (beriman dengan setengah kitab dan kufur dengan setengah yang lain) selain kehinaan di dunia ini dan pada hari akhirat nanti dia
akan ditolak ke dalam azab seksa yang sangat hebat dan Allah tidak pernah lupa tentang segala perbuatan kamu".
(al-Baqarah ayat 85)
Kemungkinan besar ibadat puasa tersebut tidak diterima kerana dilakukan bukan ikhlas kepada-Nya tetapi hanya sebab lain. Ini kerana sekiranya seseorang beribadat semata-mata kerana Allah, pasti solat juga dilakukannya dengan ikhlas dan tidak dapat dipisah-pisah begitu, kerana semuanya adalah kewajipan dan perintah Tuhan yang menciptakannya. Biasanya mereka yang tidak ikhlas tidak dapat berpuasa dengan baik dan sempurna, malah dia makan atau minum jika ada kesempatan di mana-mana. Sebab itu puasa ini adalah ibadat yang Allah saja dapat memberi balasan pahala kerana ianya merupakan rahsia antara hamba dan Tuhannya. Justeru itu, Nabi dalam hadis qudsi bersabda bermaksud:
" Segala amalan manusia ini dia sendiri yang punya (boleh dilakukannya sesuka hati) melainkan puasa sahaja, yang aku punya, maka Akulah yang dapat membalas dan menilainya"
HR Muslim.


Kewajipan Berpuasa
" Wahai orang-orang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
Surah Al Baqarah : 183
Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap umat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi
begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.

Keutamaan Ramadan
Terdapat puluhan hadis Rasulullah SAW yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan puasa di bulan Ramadan, bukan sahaja untuk manfaat umat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.
Antara Fadhilat dan Kelebihan Berpuasa di bulan Ramadan.
Dibuka pintu-pintu Syurga.
Ditutup segala pintu Neraka.
Dirantai segala Syaitan yang menggoda manusia.
Fadhilat yang lain-lain
Mereka yang berpuasa dengan dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan dihapuskan dosanya yang telah lalu.
Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaannya oleh Allah SWT.
Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari akhirat kelak.
Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah SWT.

RAIHLAH PAHALA SEBANYAK MUNGKIN
Salah satu roh yang penting dalam puasa ialah mewujudkan rasa kebersamaan dengan orang yang kurang bernasib baik. Puasa membolehkan kita yang berkemampuan merasa apa yang dirasai oleh
golongan yang tidak berkemampuan menikmati makanan dan minuman yang mencukupi setiap hari.
Bayangkan, kita menahan diri secara sukarela sedangkan peti-sejuk kita dipenuhi makanan, kabinet dapur kita sendat dengan pelbagai bahan, tetapi mereka yang kurang bernasib baik terpaksa berlapar kerana mereka tidak mempunyai wang untuk membeli walaupun makanan yang asas seperti beras dan minyak. Kita masih boleh bergembira kerana kita tahu, lapar kita sekadar adalah seketika, sementara menunggu berbuka tetapi bagi mereka entah malam ini, entah esok belum pasti ada cukup makanan untuk seisi keluarga.

Memberi makan kepada orang yang lapar adalah tugas mulia. Dari Abdullah bin Amr r.a ia berkata, ketika salah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW.
“Ya Rasulullah amalan apakah di dalam Islam yang baik”. Rasulullah SAW menjawab: “Memberi makan (orang yang lapar) dan member salam kepada orang yang kalian kenal mahupun tidak kalian kenal”.
( Hadis Riwayat Bukhari )

“Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya”
( Hadis Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi )

Marilah sama-sama kita merealisasikan salah satu roh puasa ini dengan menyumbang sebahagian dari rezeki yang Allah kurniakan kepada kita untuk membantu golongan yang tidak bernasib
baik. Pelbagai cara boleh dilakukan. Banyak peluang kini dibuka. Pokoknya tepuk dada… tanyalah iman kita. Jangan lepaskan peluangpeluang beramal di depan anda berlalu begitu sahaja, raihlah sebanyak
mungkin pahala sementara Ramadan masih ada….


Tetamu Istimewa
Bagaikan menanti tetamu istimewa datang ke rumah, segala persiapan yang lebih dari biasa juga akan kita lakukan. Tidak cukup dengan hanya mengemas rumah bahkan membeli perhiasan baru atau membuang habuk-habuk pada siling yang sebelum ini tidak pernah dibuang. Semua ini dilakukan hanya untuk menyambut tetamu istimewa itu. Apatah lagi apabila tetamu istimewa itu telah tiba. Pasti kita akan melayaninya dengan lebih istimewa.

Begitu juga dengan Ramadan. Sepatutnya, ketibaan bulan yang sering kita sebut sebagai tetamu istimewa ini disambut dengan lebih luar biasa, lebih istimewa. Namun, persiapannya berbeza dari perspektif ibadah, tarbiyah. Jika sebelum ini Al-Quran bukanlah setiap hari dibaca disebabkan kesibukan, persiapan menyambut Ramadan membuatkan kita lebih berusaha untuk bukan sahaja membaca malahan mentadabbur Al-Quran setiap hari. Jika sebelum ini jarang sekali untuk kita bersedekah, sekarang bersedekah menjadi antara amalan utama. Dan begitu juga dengan amalan-amalan lain supaya amalan-amalan ini akan terus konsisten dan semakin bertambah ketika Ramadan tiba.

Namun begitu, jika difikirkan kembali, persiapanpersiapan yang dilakukan seperti situasi-situasi di atas hanya akan dilakukan jika kita mengenali dan mencintai tetamu itu.
Persoalannya, adakah kita benar-benar mengenali Ramadan yang menyebabkan Ramadan mampu menjadi ‘booster’ bertambahnya amalan, meningkatnya takwa. Adakah kita
benar-benar mengenali Ramadan atau kita hanya mengetahui tanpa menghayatinya?
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan dan membezakan antara yang benar dan salah….”
Surah Al-Baqarah:185

Inilah antara istimewanya Ramadan. Bulan di manamanual-manual perjalanan kita semasa di dunia untuk kembali ke rumah asal kita di syurga diturunkan. Bukan itu sahaja, kitab
Injil, Taurat dan Zabur juga diturunkan pada bulan ini. Terbukti kasih Allah kepada hambanya kerana Dia tidak membiarkan kita terkapai-kapai mencari sendiri jalan yang penuh dengan persimpangan. Persoalan pokoknya, adakah kita benarbenar mengikut manual yang ditunjukkan Al-Quran?

Madrasah Ramadan
PUASA menurut syariat adalah menahan diri daripada perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dengan disertai dengan niat kepada Allah. Semua perintah Allah yang disyariatkan pastinya mempunyai faedah dan manfaatnya, begitu juga dengan segala larangan-Nya yang pasti ada kemudaratannya. Dari segi kesihatan, puasa dapat menghindarkan penyakit. Sepertimana kita tahu, dewasa ini manusia meninggal dunia disebabkan oleh pemakanan.

Hadis Nabi juga menyebut bahawa perut adalah rumah penyakit dan puasa adalah raja segala ubat. Seharian kita berpuasa telah mendidik perut kita hanya
menerima makanan pada masa yang ditetapkan sahaja. Jika hari-hari biasa, merata tempat
kita manusia menikmati hidangan makanan tanpa mengira masa selagi mata belum terpejam. Jadi perut pun bekerja tanpa rehat. Para penyelidik ilmu perubatan juga mengakui bahawa puasa dapat membuang toksin dari badan dan secara tidak langsung meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan
proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini
menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan member peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti- aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.


Pendapatan lumayan
Puasa mengandungi pelbagai hikmat dan prinsip agama yang mampu memandu manusia menghadapi hari-harinya di dunia untuk mendapatkan hasil lebih lumayan di akhirat kelak. Puasa mempunyai waktu yang khusus untuk melakukannya. Puasa yang dilakukan tidak pada waktunya yang tepat akan terbatal. Ketepatan ini meliputi masa mengikut bulan dan hari. Puasa kita mengajar kita menepati masa, tarikh
permulaan bulan Ramadan dan kedatangan Syawal. Puasa menyuruh kita menghormati ketepatan masa sahur dan masa berbuka. Menepati janji dan masa dalam Islam adalah tanda keimanan. Ketepatan waktu dan kepentingannya dalam pengurusan adalah perkara yang tidak perlu dihuraikan lagi. Pengurusan masa adalah penting kerana masa adalah aset dan bernilai dalam hidup manusia. Semua perkara bergantung kepada ketentuan masa sama ada memberi keuntungan atau kerugian. Dengan itu pepatah ada mengatakan bahawa “masa itu emas”. Kepentingan masa dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran sepertifirman-Nya bermaksud:
Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal salih dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan
sabar.” (Surah al-Ashr, ayat 1 hingga 3)

Berhubung dengan masa juga pepatah Arab ada menyebut, maksudnya:
“Masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu.”

Kita perlu menyedari bahawa setiap detik yang dilalui adalah perjalanan hidup yang tidak akan kembali. Manusia kadang kala leka menyambut kedatangan musim baru, sedangkan di sebalik kelekaan itu
ada panggilan ajal yang bakal menanti tidak lama lagi. Manusia akan memungut dan menuai hasil di akhirat daripada tanaman yang diusahakan di dunia. Manusia ditanyakan di akhirat kelak terhadap
segala amalan yang dilakukan sepanjang tempoh umurnya di dunia. Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud:


“Tidak akan melangkah seseorang hamba itu pada Hari Kiamat hingga ditanyakan mengenai apa yang dihabiskan dalam umurnya, apa yang dilakukan menurut ilmunya, ke arah mana hartanya diusaha dan
dibelanjakan serta apa yang dibuat oleh tubuh badannya terhadap segala ujian dan tanggungjawab.”
(Hadis Riwayat at-Tirmizi).


Masuk Secara Percuma
Ramadan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan. Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan yang
digalakkan dalam bulan ini iaitu :
Melazimkan bacaan kalimah Taiyibah ( Baik )
Beristighfar ( Memohon Ampun )
Memohon memasuki Jannah
Berlindung dengan-Nya daripada neraka Jahannam.
Di dalam hadis dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu "laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati, maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya.
Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan kita daripada
segala kesedihan. Malahan sesiapa yang memperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan. Kalimah istighfar yang mudah disebut adalah seperti "astaghfirullah". Tidak ada batasan dalam mengulang sebutan istighfar ini.

Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga sambil meminta kepada Yang Maha Esa menjauhkan kita daripada ancaman api
neraka. Ramadanlah masanya yang paling sesuai untuk memperbanyakkan ibadah lantaran tiadanya gangguan godaan daripada iblis dan syaitan. Justeru, sebagai umat yang sentiasa
mendambakan kasih sayang-Nya, perhatian dan ganjaranganjaran yang telah dijanjikan-Nya, maka layaklah kita sebagai hamba-Nya merebut peluang ini yang datang hanya sekali
dalam setahun. Jika kita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk tujuan kecantikan dan hiburan, maka Allah SWT memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurga-Nya secara percuma. Tidak perlukan bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan. Masih enggankah lagi kita menerima tawaran ini? Fikirkan.


Perihal Dosa
Ustaz Mohd Zawawi bin Jusoh telah menukil beberapa pandangan ulama berkaitan dengan dosa untuk sedikit tatapan dan panduan kita semua agar menjauhinya.
Dosa besar.
Iaitu dosa dan perlakuan salah yang dijelaskan hukuman dan laknat serta akibat yang disebut secara jelas dalam al-Quran dan sunnah Nabi SAW. Menurut al-Zanabi dalam bukunya al-Kabair, ada dinyatakan sebanyak 70 dosa besar dan daripada 70 itu diringkaskan kepada jenisnya seperti berikut:
Empat jenis di hati iaitu syirik, terus menerus berbuat maksiat, putus asa dan berasa aman daripada seksa Allah.
Empat jenis pada lisan iaitu kesaksian palsu, menuduh berbuat zina pada wanita baik-baik, sumpah palsu dan mengamalkan sihir.
Tiga jenis di perut iaitu minum arak, memakan harta anak yatim dan memakan riba.
Dua jenis di kemaluan, iaitu zina dan homoseksual.
Dua macam di tangan iaitu membunuh dan mencuri.
Satu di kaki iaitu lari dalam peperangan.
Satu di seluruh badan iaitu derhaka terhadap orang tua.
Dosa kecil iaitu dosa yang tidak tersebut di atas.
Dosa kecil yang menjadi besar jika dilakukan terus menerus.
Menurut Imam Hasan al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan dengan terus menerus dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar. Mengenai tindakan sesetengah di antara kita yang menganggap remeh dosa,
Rasulullah bersabda maksudnya: "Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, yang selalu khuatir tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia usir begitu saja."
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Orang yang bergembira dengan dosanya Allah berfirman maksudnya: "Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertakwalah kepada Allah", bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya
berbuat dosa. Maka cukuplah (balasannya) neraka Jahannam. Dan sungguh neraka Jahannam itu tempat tinggal yang seburukburuknya."
(Surah al-Baqarah: 206)

ihsan: spi bpk







Tiada ulasan:

Catat Ulasan