Salam Ma’al Hijrah 1433

Salam Maal Hijrah 1433 kepada semua anak kariah Muslimin dan Muslimat. Kita berada diambang Tahun Baru Kalender Islam. Semoga apa yang kita lakukan Selama ini diberkati hendaknya. Sama-samalah kita berdoa agar kita dilindungi oleh Cahaya Keimanan dariNYA. Dengan tema “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” semoga di tahun baru ini kita lebih diberkati dan dirahmati Allah. Pengerusi dan AJK STR

Isnin, 22 Ogos 2011


PENGAMPUNAN DOSA
Untuk mendapatkan pengampunan dosa, pastikan nafsu dikawal dan semua pantang larang Ramadan dijaga.

Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan keimanan dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)
“Sembahyang lima waktu, dari Jumaat (yang satu) menuju Jumaat berikutnya, (dari) Ramadan hingga Ramadan (berikutnya) adalah penghapus dosa di antaranya, apabila ditinggalkan dosa-dosa
besar.”
(Riwayat Muslim)

Menghidupkan malam melalui aktiviti seperti Sembahyang Tarawih dan bertadarus juga mendapat pengampunan dosa oleh Allah SWT
Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (sembahyang malam) di bulan Ramadan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang
sembahyang malam di bulan Ramadan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Selain itu memberi makan kepada orang yang berpuasa juga diberi tawaran pengampunan dosa.
Sesiapa yang mengenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya , Tuhan memberi minum daripada kolam Haudh sejenis minuman yang tiada dahaga-dahaga lagi kemudiannya , hingga
masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa.

Menghidupkan malam Lailatul Qadar juga diberikan pengampunan walaupun tidak bertemu dengannya.
“Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan
baginya dosa yang telah lepas.”
Riwayat Bukhari dan Muslim

IHSAN SPI BPK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan