Salam Ma’al Hijrah 1433

Salam Maal Hijrah 1433 kepada semua anak kariah Muslimin dan Muslimat. Kita berada diambang Tahun Baru Kalender Islam. Semoga apa yang kita lakukan Selama ini diberkati hendaknya. Sama-samalah kita berdoa agar kita dilindungi oleh Cahaya Keimanan dariNYA. Dengan tema “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” semoga di tahun baru ini kita lebih diberkati dan dirahmati Allah. Pengerusi dan AJK STR

Jumaat, 26 Ogos 2011

SALAM MAAL HIJRAH


Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.
Jelas Ibni Abbas lagi,
“Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua
malaikat memeliharanya pada tahun itu”.
Doa itu bermaksud, ” Wahai Tuhanku, Engkaulah selamanya didahului pada tahun baru ini hamba bermohon kepada engkau semoga terpelihara daripada syaitan dan pemerintah syaitan dan hamba memohon pertolongan Engkau, peliharakan hamba daripada nafsu amarah dan jahat, dan yang membimbangkan hamba akan perkara yang menghampirkan hamba dengan Engkau wahai yang Mulia”.
Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.
Bacalah doa berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah:
“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir
sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.

Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan,
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun”.
Bacalah doa awal tahun ini sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib
pada malam 1 Muharam:
“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir
sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.
Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,
“Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan”.
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433
Ikhsan: Rosli Hanip & Semua krew PakarHowTo.Com

1 ulasan:

  1. SAYA BAGI PIHAK SEKRETARIAT BANGI BANDAR ILMU MENGALUKAN MAKLUMAT DARI PIHAK MASJID/SURAU UNTUK DIMUATKAN DI BLOG BANGI BANDAR ILMU SEPERTI RESOLUSI BAGI KONVENSYEN MASJID-SURAU YANG LALU.
    UNTUK SEBARANG INFORMASI, BOLEH DIHANTAR KE EMEL, sekre.bbi@gmail.com. dan yang paling penting, adalah digalakkan pihak surau untuk mewujudkan JADUAL KULIAH DALAM BENTUK GOOGLE CALENDAR, UNTUK KEMUDAHAN SHARING. SYUKRAN.

    "MEREALISASIKAN BANGI SEBAGAI BANDAR ILMU"

    BalasPadam